Dalam cerita pari-pari sedia ada, kita biasa terserempak dengan kewujudan watak fairy (pari-pari) yang kadang-kadang melepasi batasan akal. Untuk menulis karya yang syariah compliant, watak fairy juga mestilah syariah compliant.
Satu cara yang dapat saya fikirkan ialah menyenaraikan sifat-sifat yang biasa kita baca dan fikir wujud pada pari-pari. Kemudian kita gunakan teknik berfikir kreatif yang bersesuaian, kita ciptakan inovasi kepada watak pari-pari sedia ada. Setelah kita murnikan idea-idea baru itu, kita pilih dan gabung jalinkan agar akhirnya watak pari-pari itu menjadi syariah compliant.
Sebagai contoh, kuasa pari-pari yang tidak terhingga, diterbalikkan kepada terhad menggunakan teknik berfikir kreatif songsang. Ini menepati konsep kuasa yang paling tinggi itu hanya pada Tuhan.
Dalam cerita Aladdin, jin hanya dapat menunaikan 3 permintaan sahaja. Dalam cerita Cinderella, magis yang dikenakan kepada buah labu, tikus hanya berkesan sehingga jam 12 tengah malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan